Google Search Engine

Custom Search

Saturday, December 20, 2008

Anggaran Pendapatan Menternak Lintah

Contoh pendapatan dari hasil menternak lintah ini adalah mengambil kira anggaran pada kadar keuntungan yang paling minima. Ini bermakna keuntungan yang akan anda perolehi mungkin melebihi daripada contoh anggaran ini jika sistem penternakan dilakukan dengan sempurna. Pengiraan hasil yang akan diperolehi dianggarkan selepas 8 bulan yang pertama dan ke atas.
  • 1 tangki 200 gelen = induk 2000 ekor
  • Dianggarkan 1 ekor lintah akan bertelur dlm 100 ke 200 ekor
  • Katakan hanya 20% sahaja yang hidup = 20 ekor
  • Bagi 2000 induk x 20 = 40,000 ekor lintah
  • Anggaran 1kg lintah matang = 200 ekor
  • 40,000/200 = 200 kg
  • 1 kg = RM 80.00
  • RM 80 x 200 kg = RM16,000 bagi 8 bulan pertama
Sekiranya anda jual lintah kepada penternak-penternak baru dengan harga minima RM2.50

  • 40,000 x RM2.50 = RM120,000.00 bagi 8 bulan pertama
Pendapatan anda RM2,000 atau RM15,000 sebulan selepas 8 bulan menternak untuk 1 tangki 200 gelen dengan induk 2000 ekor.

Kos Menternak

  1. Kos tangki 200 gelen = RM 300.00
  2. Kos alatan tangki = pasu 3 biji, batu, pasir, selut dan kiambang = RM 50.00
  3. Induk 2000 ekor x RM3.00 seekor = RM6,000.00
  4. Baja = 10 kg utk 8 bln x RM25.00 perkg = RM250.00
  5. Belut = 2 kali sebulan = 8 ekor belut = 2 kg x RM 20.00/kg = RM 40.00 sebulan
  6. Belut 8 bulan x RM 40.00 = RM 320.00 untuk 8 bulan
Jumlah keseluruhan untuk tangki 200 gelen dengan induk 2000 ekor selama 8 bulan = RM300 + RM50 + RM6,000 + RM250 + RM320 = RM6,920 untuk 8 bln

Jumlah pendapatan bersih selepas 8 bulan yang pertama

  • RM16,000 - RM6,920 = RM9,080.00 minima atau
  • RM120,000 - RM6,920 = RM113,080.00 ( Bagi seekor lintah RM2.50 )

Monday, December 15, 2008

Tuesday, December 9, 2008

Saturday, December 6, 2008


TERNAK LINTAH
Bekalan Lintah di Kawasan Sabah
E-mail: sidoding@yahoo.com
Tel: 0138651020


  • Induk lintah sedia untuk bertelur RM2.30/ekor
  • Kos penghantaran ditanggung oleh pembeli dari Kota Kinabalu ke seluruh daerah di Negeri Sabah sahaja.

Makanan Organik Lintah






  • Kebanyakan penternak lintah terpaksa membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk kos pemakanan lintah dengan menggunakan belut. Dengan menggunakan sejenis makanan yang dinamakan Makanan Organik Lintah, kos pemakanan lintah dapat dikurangkan sebanyak 85% dari biasa.
  • Makanan Organik ini telah diuji dan terbukti berkesan. Ia juga dapat mempercepatkan pembiakan lintah, menyihatkan lintah dan mempercepatkan tumbesaran lintah tanpa mengancam kualiti lintah yang dihasilkan. Dengan penggunaan makanan organik ini, lintah induk akan bertelur dalam masa yang singkat dari biasa. Makanan organik ini juga akan menghasilkan algae dan plakton sebagai sumber makanan tambahan kepada lintah dan ia dapat membersih dan menyihatkan air. Oleh itu air tidak perlu diganti.
  • Harga makanan organik ini ialah RM30.00/kg yang boleh mencukupi bagi pemakanan 500 ekor induk lintah dalam masa sebulan.
  • Penggunaan belut memerlukan lebih kurang 10kg sebulan bagi 500 ekor induk lintah. Harga belut di pasaran ialah RM20/kg. Bagi 10kg belut anda membelanjakan RM200 sebulan.
Kolam Lintah yang Sesuai
  • Saya menasihatkan supaya penternak lintah menggunakan kolam lintah yang murah dan ekonomi serta fleksibel bersesuaian dengan tapak ternakan lintah di kawasan anda.
  • Pengunaan kolam tanah adalah tidak digalakkan kerana kosnya yang sangat mahal dan berisiko tinggi.
Khidmat Nasihat Ternakan Lintah

Kami tidak menawarkan sebarang kursus ternakan lintah. Walau bagaimanapun, kami memberi khidmat nasihat secara percuma kepada bakal-bakal penternak. Di antara perkara-perkara penting yang harus diketahui sebelum memulakan ternakan lintah adalah seperti berikut:-
  • Jenis kolam lintah yang sesuai, murah dan ekonomi,
  • Bekalan air yang sesuai untuk lintah,
  • Keluasan kolam dan kedalaman air yang diperlukan,
  • Jumlah kolam lintah yang diperlukan,
  • Kaedah penyediaan kolam bagi memaksimakan keuntungan,
  • Kaedah penjagaan air bagi memastikan air sentiasa bersih dan sehat,
  • Kaedah mengawal air berkaitan dengan suhu dan kandungan asid/alkali yang sesuai dalam air,
  • Menghindar haiwan pemangsa lintah,
  • Kaedah memaksimakan pembiakan lintah,
  • Perkara penting yang perlu dilakukan sebelum memasukkan lintah ke dalam kolam,
  • Jumlah maksima lintah yang boleh dimasukkan dalam kolam,
  • Kaedah pemasaran lintah dan contract farming; dan
  • Kaedah berkesan pengagihan lintah dalam kolam bagi memudahkan dan mempercepatkan masa pengasingan induk lintah, lintah matang dan benih lintah bagi tujuan pemasaran.
Khidmat nasihat secara percuma ini boleh diperolehi dengan dua cara iaitu seperti berikut:-
  1. Dengan memesan induk lintah dari kami dan membayar 40% deposit. Pesanan minima ialah 500 ekor induk lintah. Baki 60% lagi perlu dibayar semasa penyerahan induk lintah.
  2. Dengan membeli ebook kami mengenai semua kaedah seperti yang dinyatakan di atas. Harga ebook ialah RM50 sahaja termasuk khidmat nasihat berterusan sekiranya ada pertanyaan dan kemusykilan mengenai penternakan lintah. Ebook akan dihantar dalam masa 24jam terus ke email anda setelah pengesahan pembayaran dibuat. Sila email bukti pembayaran ke sidoding@yahoo.com atau sms ke 0138651020 dengan maklumat seperti berikut:-
  • Tarikh pembayaran
  • Masa pembayaran
  • Jumlah pembayaran
  • No telefon anda untuk memudahkan anda dihubungi jika timbul masalah pembayaran.
  • Nama bank di mana wang dimasukkan untuk membuat pembayaran.
Cara Pembayaran
  • Maybank ( No. Akaun 110108213350 )
  • Public Bank ( No. Akaun 4802625032 )
  • CIMB ( No. Akaun 10070019501522 )