Google Search Engine

Custom Search

Saturday, December 20, 2008

Anggaran Pendapatan Menternak Lintah

Contoh pendapatan dari hasil menternak lintah ini adalah mengambil kira anggaran pada kadar keuntungan yang paling minima. Ini bermakna keuntungan yang akan anda perolehi mungkin melebihi daripada contoh anggaran ini jika sistem penternakan dilakukan dengan sempurna. Pengiraan hasil yang akan diperolehi dianggarkan selepas 8 bulan yang pertama dan ke atas.
  • 1 tangki 200 gelen = induk 2000 ekor
  • Dianggarkan 1 ekor lintah akan bertelur dlm 100 ke 200 ekor
  • Katakan hanya 20% sahaja yang hidup = 20 ekor
  • Bagi 2000 induk x 20 = 40,000 ekor lintah
  • Anggaran 1kg lintah matang = 200 ekor
  • 40,000/200 = 200 kg
  • 1 kg = RM 80.00
  • RM 80 x 200 kg = RM16,000 bagi 8 bulan pertama
Sekiranya anda jual lintah kepada penternak-penternak baru dengan harga minima RM2.50

  • 40,000 x RM2.50 = RM120,000.00 bagi 8 bulan pertama
Pendapatan anda RM2,000 atau RM15,000 sebulan selepas 8 bulan menternak untuk 1 tangki 200 gelen dengan induk 2000 ekor.

Kos Menternak

  1. Kos tangki 200 gelen = RM 300.00
  2. Kos alatan tangki = pasu 3 biji, batu, pasir, selut dan kiambang = RM 50.00
  3. Induk 2000 ekor x RM3.00 seekor = RM6,000.00
  4. Baja = 10 kg utk 8 bln x RM25.00 perkg = RM250.00
  5. Belut = 2 kali sebulan = 8 ekor belut = 2 kg x RM 20.00/kg = RM 40.00 sebulan
  6. Belut 8 bulan x RM 40.00 = RM 320.00 untuk 8 bulan
Jumlah keseluruhan untuk tangki 200 gelen dengan induk 2000 ekor selama 8 bulan = RM300 + RM50 + RM6,000 + RM250 + RM320 = RM6,920 untuk 8 bln

Jumlah pendapatan bersih selepas 8 bulan yang pertama

  • RM16,000 - RM6,920 = RM9,080.00 minima atau
  • RM120,000 - RM6,920 = RM113,080.00 ( Bagi seekor lintah RM2.50 )

2 comments:

Unknown said...

bro !minta alamat e mail kamu. ada saya mau emailkan. Penting !

Unknown said...

adik saya baru-baru ni ada beli lintah dari kamu. dia nak minta alamat email kamu k.